fbpx

Usus anak sulung Eyra Hazali bengkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYRA sekali lagi diuji apabila putera sulungnya pula mengalami masalah bengkak usus.

PETALING JAYA – Selepas anak kedua disahkan ada masalah buah pinggang kering, pelakon Eyra Hazali sekali lagi diuji apabila putera sulungnya, Hayder Qhalish mengalami bengkak usus.

Melihat keadaan Hayder tidak bermaya sejak keluar dari hospital minggu lalu, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali, 25, terus bergegas ke hospital selepas anaknya itu cirit-birit.

“Hayder keluar wad pada hari Khamis tetapi dia mengadu sakit perut serta cirit -birit. Boleh kata 20 kali ulang-alik ke tandas.

“Semalam Hayder sakit sangat dan nampak tak bermaya, kami buat keputusan untuk bawa dia ke hospital. Memang dehidrasi, jadi doktor cakap kena masud wad.

“Hari ini buat ultrasound rupanya usus Hayder bengkak. Kemungkinan sebab tak betul-betul sembuh semasa di hospital tempoh hari serta kerap cirit yang membuatkan ususnya bengkak,” kongsinya menerusi Instagram semalam.

Bagaimanapun, isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nazli menarik nafas lega apabila anaknya tidak menunjukkan sebarang petanda penyakit serius.

“Sampel najis pun tidak mengesan rotavirus atau apa-apa yang merisaukan.

“Jadi, sekarang Hayder makan antibiotik, insya-Allah ambil masa beberapa hari untuk kurangkan bengkak,” ujarnya.

Dalam masa sama, Eyra mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan keluarganya yang sering keluar masuk hospital kebelakangan ini.

“Terima kasih semua yang mendoakan Hayder. Semoga Allah membalas jasa baik semua,” tuturnya.

Sebelum ini, aktres itu diuji apabila anak keduanya, Endra Haqimie dimasukkan ke hospital pada 5 Julai lalu akibat buah pinggang kering.

Eyra bernikah dengan Haziq pada 1 November 2019 dan dikurniakan duaanak lelaki iaitu Hayder Qhalish, 4 dan Endra Haqimie yang kini berusia dua tahun.

Pada hujung Mei lalu, Eyra berkongsi berita gembira bahawa dia hamil anak ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI