fbpx

UPSI sedia bantu pengurusan jenazah Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan rakan-rakan Nur Farah Kartini hadir menemui ahli keluarga di Forensik Hospital Sungai Buloh.

SUNGAI BULOH – Pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menghulur bantuan kepada keluarga Nur Farah Kartini Abdullah, 25, bagi kos pengurusan jenazah.

Perkara itu dimaklumkan salah seorang wakil universiti berkenaan yang hadir di Jabatan Forensik Sungai Buloh, di sini, kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

“Setakat ini, kami tidak dapat memberi apa-apa maklumat kerana menghormati keluarga.

“Segala maklumat hanya akan diberikan oleh keluarga dan pihak polis.

“Bagaimanapun, pihak universiti akan membantu keluarga Nur Farah Kartini bagi memudahkan pengurusan jenazah,” katanya.

Tambah sumber, segala kos akan ditanggung pihak universiti dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak keluarga Allahyarham sama ada jenazah akan dikebumi di Semenanjung atau Miri, Sarawak.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim Perak, 10 Julai lalu.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI