fbpx

Tempoh reman pekebun kes jajan beracun disambung dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) dibawa anggota polis untuk permohonan sambung reman di bilik reman Kompleks Mahkamah Kulim, hari ini.

KULIM – Tempoh tahanan reman seorang pekebun yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian dua beradik selepas disyaki termakan makanan ringan dicampur racun tikus disambung dua hari lagi bermula hari ini.

Perintah reman ke atas suspek berusia 33 tahun itu dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Mirza Mohamad.

Siasatan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Terdahulu, suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kulim kira-kira pukul 8 pagi dengan berpakaian lokap.

Sementara itu, peguam suspek, Shazril Khairy Mustafa berkata, pihaknya membuat bantahan berhubung sambungan reman kerana anak guamnya sudah direman enam hari sejak Khamis lalu dengan polis memohon ia disambung tujuh hari lagi.

“Mahkamah seterusnya membenarkan tempoh reman disambung dua hari lagi,” katanya ketika ditemui luar bilik reman kompleks mahkamah, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 7 Julai lalu, dua beradik iaitu Muhamamad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal akibat termakan jajan mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, Kulim.

Muhammad Akil kemudian menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang pada Rabu lalu, diikuti adiknya dua hari kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI