fbpx

Suspek bunuh Nur Farah Kartini polis berpangkat lans koperal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi (dua dari kanan) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Individu yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah seorang anggota polis berusia 26 tahun berpangkat lans koperal.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, anggota tersebut bertugas di Balai Polis Slim River dan sudah berkhidmat selama lima tahun.

“Saya sahkan bahawa subjek yang melakukan kes ini setakat yang disiasat, mengesahkan bahawa diperlakukan oleh seorang anggota daripada Balai Polis Slim River.

“Dan pasukan siasatan daripada Muallim telah pun menjalankan siasatan berasaskan kertas siasatan orang hilang itu dan telah menunjukkan tempat di mana berlakunya kejadian tersebut.

“Apabila kita semak tempat berlaku kejadian tersebut berlaku di Selangor. Sehubungan itu kertas siasatan akan dibuka oleh IPK Selangor,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas untuk pelantikannya sebagai Ketua Polis Perak yang baharu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI