PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda turut menjalani prosedur pembedahan katarak mata sebelah kanan yang tertangguh sejak lapan bulan lepas.
“Baginda dinasihat oleh doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum pembedahan dilakukan.
“Baginda sebelum ini telah pun menjalani pembedahan sama untuk mata sebelah kiri,” katanya di sini hari ini.
Susulan itu katanya, baginda dijangka berada dalam fasa pemulihan selama 10 hari. – KOSMO! ONLINE