fbpx

Sudah tiga minggu Muhamad Sufian tak pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD SUFIAN (tengah) bergambar bersama ibu bapanya dilaporkan menghilang diri sejak tiga minggu dari rumah keluarganya di Kampung Sungai Boh, Serkat, Pontian, Johor.

PONTIAN – Seorang kakak merayu supaya adiknya yang bekerja sebagai pemandu lori simen pulang ke pangkuan keluarga selepas menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak tiga minggu lalu.

Noorlinayati Mok Parin, 46, berkata, adiknya, Muhamad Sufian, 39, yang berkerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah, Johor Bahru hilang pada 20 Jun lalu.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Permas, Kukup pada 8 Julai lalu setelah seminggu adiknya tidak pulang ke rumah.

“Baru-baru ini ayah dan ibu saya, Mok Parin Miswan, 70, dan Zaharah Bedu, 64, demam teruk kerana merindui Sufian.

“Kami sekeluarga tak ada masalah gaduh ke, berselisih faham ke. Pada 20 Jun dia keluar pergi kerja seperti biasa, tetapi tak pulang ke rumah,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Noorlinayati berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya untuk mencari jejak kehilangan adiknya itu, namun menemui jalan buntu.

Katanya, hebahan mengenai Orang Hilang (OH) telah dibuat melalui facebook rasmi Polis Daerah Pontian serta diedarkan kepada semua Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis di negeri Johor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi OH tersebut boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat S/Insp Rusaini Ramli (Ketua Polis Balai Permas) di talian 013-6555858.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline IPD Pontian 07-6869999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI