fbpx

Suami isteri disyaki kaut tender kerja pembekalan RM200,000 direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami isteri direman enam hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berkaitan pemberitan tender kerja pembekalan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri direman enam hari bermula sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa bagi pemberian tender kerja-kerja pembekalan sebuah agensi kerajaan di Terengganu.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber berkata, siasatan awal percaya suspek lelaki berusia 30-an menggunakan jawatannya untuk mencadangkan syarikat isterinya untuk sebut harga kerja-kerja pembekalan agensi berkenaan.

“Kita percaya syarikat wanita juga berusia 30-an tersebut berjaya memperolehi projek kerja-kerja pembekalan itu yang dianggarkan bernilai keseluruhan lebih RM200,000.

“Siasatan lanjut akan dilakukan terhadap projek-projek kerja pembekalan lain yang turut diperolehi syarikat suspek kedua,” katanya di sini semalam.

Sumber berkata, perbuatan tersebut dipercayai dilakukan kedua-dua suspek pada tahun 2022 dan 2023.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI