fbpx

Scammer tipu tawar kontrak bekal makanan ke balai bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik terbaharu penipuan ‘scammer’ yang menawarkan kontrak pembekalan makanan bermasak di balai bomba.

Pengarah JBPM Johor, Siti Rohani Nadir berkata, pihaknya telah menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan berhubung perkara tersebut sebelum ini.

SITI ROHANI

Katanya, berdasarkan laporan yang diterima, pembekalan makanan itu dalam tempoh yang singkat serta secara kontrak selama setahun dengan suatu nilai tertentu.

Tambahnya, modus operandi yang digunakan individu tidak bertanggungjawab itu adalah dengan memberikan surat tawaran untuk membekalkan makanan bermasak bagi sesuatu majlis atau program di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri ini.

“Scammer turut memohon bantuan pembekal untuk memberi sejumlah wang tertentu bagi tujuan pembelian cenderahati atau ‘goodies’.

“Pembayaran perlu dibuat kepada pihak ketiga yang juga merupakan rakan kepada scammer tersebut. Namun setelah pembayaran dibuat, scammer tersebut telah menyekat panggilan daripada pihak pembekal makanan berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohani berkata, orang ramai diingatkan untuk membuat pengesahan terlebih dahulu sekiranya memperoleh kerja-kerja membekal makanan bermasak atau sebarang tawaran kerja yang diragui melibatkan JBPM Negeri Johor.

“Orang awam atau pembekal makanan yang telah menjadi mangsa kepada penipuan tersebut dinasihatkan untuk membuat laporan polis dengan segera bagi tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI