MAJLIS perkahwinan anak bilionair, Anant Ambani dan Radhika Merchant yang menjadi perhatian dunia sejak Jumaat minggu lalu dihadiri ramai bintang Hollywood dan Bollywood.
Antara wajah superstar yang menyerikan pesta empat hari itu adalah pasangan terkenal, Alia Bhatt dan suaminya, Ranbir Kapoor.
Begitupun, bukan sahaja kemunculan mereka datang secara berasingan menjadi fokus netizen, bahkan ketika sesi fotografi juga sendirian.
Situasi tersebut membuatkan ramai peminat tertanya-tanya sama ada mereka sengaja berjauhan disebabkan isu kecil atau merajuk.
Namun, sebilangan netizen lain menganggap rumah tangga pasangan yang baharu dua tahun bergelar suami isteri itu sedang bergolak.
Menyemak Instagram Alia yang diikuti 85 juta orang, kali terakhir dia memuat naik foto dengan suami adalah pada 25 Jun lalu.