fbpx

Rezeki melimpah, ‘Goal board’ rahsia kejayaan Merqeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERQEEN

PETALING JAYA – Rezeki melimpah ruah dengan deretan tawaran yang tidak putus-putus, pelakon Meerqeen berkongsi rahsia kejayaan dengan berpegang kepada misi mencapai sasaran dalam hidup.

Tidak boleh cepat berputus asa, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, berkata, dalam hidup perlu ada matlamat yang jelas untuk dijadikan pembakar semangat.

“Saya tak pernah rasa dah berjaya tapi rahsia dalam perjalanan hidup saya adalah tidak pernah berputus asa. Kena selalu pasang ‘goals’ (matlamat) dalam hidup untuk kita bergerak setiap hari.

“Jadi maksudnya, bila ada matlamat awak akan memotivasikan diri sendiri. Benda itu yang saya terapkan sejak sekolah lagi. Saya akan dapatkan apa yang saya mahukan dan apa yang saya ada sekarang.

“ Ada ‘goals’ lepas itu kena bekerja keras. Kalau kita rasa penat, kita kena fikir orang lain kerja lagi penat daripada kita,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Percaya setiap impian perlu usaha jitu, pelakon drama Cinta Untuk Sekali Lagi itu memaklumkan mempunyai ‘goal board’ atau satu ruangan untuk meletakkan segala impian yang mengingatkan dirinya objektif bekerja.

Katanya, setiap orang perlu memiliki matlamat dalam hidup selain bergaul dengan mereka yang mempunyai pemikiran sama untuk terus meraih kejayaan.

“Semua orang ada angan-angan tapi bagi saya semua impian itu kena letak dekat ‘goal board’ supaya hari-hari kita tengok dan tekad dengan semua itu. Di rumah saya ada letak satu dalam almari.

“‘Goal board’ tu contohnya, saya nak sesuatu barang dalam umur tertentu. Contoh umur 23, saya nak ada jet peribadi. Saya letak dekat ‘goal board’ itu untuk saya bergerak setiap hari tanpa berputus asa.

“Semua orang kena ada matlamat untuk dijadikan motivasi. Benda itu yang saya terapkan selain duduk dengan kelompok yang sama-sama nak berjaya,” ujarnya.

Semakan ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji perkongsian bekas peserta Hero Remaja itu selain berpendapat semua impian harus dibekalkan dengan usaha dan doa tidak putus kepada Sang Pencipta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI