fbpx

Peminat kecewa Pan-gon ‘lari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Rata-rata peminat bola sepak tanah air meluahkan kekecewaan susulan pengumuman Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan-gon meletakkan jawatan, hari ini.

Beliau menerusi satu sidang akhbar memaklumkan, keputusan tersebut dibuat berikutan komitmen peribadi dan ia berkuat kuasa serta-merta.

Pan-gon menyifatkan tempoh dua setengah tahun berkhidmat di Malaysia menjadi perjalanan luar biasa terutamanya apabila berjaya membawa skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia selepas tempoh 43 tahun.

Namun bagi para peminat, keputusan itu merupakan satu kerugian dan kehilangan besar buat pasukan dan negara.

“Dah dapat jurulatih yang bagus tapi tak reti nak hargai,” kata Zamirul Syam.

“Harimau Malaya kembali jadi pasukan belasahan lepas ni,” komen seorang lagi pengguna.

“Jujur, dalam ramai-ramai jurulatih, Kim Pan-gon paling cemerlang. Pada aku kita sebagai penyokong dan peminat, amat terasa kehilangannya,” ujar Abdul Wahid.

“Terima kasih Kim Pan-gon kerana membawa perubahan kepada pasukan Harimau Malaya. Diharap pengganti dapat meneruskan kegemilangan beliau,” ucap Herman Tono. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI