fbpx

Pan-gon dedah terima tawaran lumayan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON mendedahkan menerima tawaran daripada China sebelum ini.

BEKAS Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mendedahkan ada menerima tawaran lumayan daripada China yang mahukan khidmatnya membimbing pasukan kebangsaan negara itu.

Menurutnya, tawaran tersebut diterimanya pada Disember tahun lalu, namun beliau terpaksa menolaknya kerana mahu kekal bersama Harimau Malaya bagi mengharungi aksi pusingan akhir Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar pada Januari lalu.

“Saya boleh kongsikan kepada anda bahawa saya ada menerima tawaran lumayan daripada China pada Disember lepas.

“Namun, saya telah tolak keputusan tersebut kerana mahu bersama Harimau Malaya pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Pan-gon menafikan dakwaan bahawa dia sudah menerima tawaran untuk membimbing pasukan di negara kelahirannya dalam masa terdekat.

“Saya tidak tahu mengenai khabar tersebut (dapat tawaran daripada Korea Selatan),” jelasnya.

Selain daripada jawatan pengendali Korea Selatan menggantikan Jurgen Klinsmann yang dipecat pada 16 Februari lalu ekoran prestasi hambar Taeguk Warriors pada Piala Asia sebaik kempen tersebut berakhir, Pan-gon turut dikaitkan dengan jawatan jurulatih sebuah kelab dari Korea Selatan.

Kelab yang dimaksudkan tersebut adalah Ulsan Hyundai yang kini sedang menduduki tangga kedua Liga 1 Korea Selatan setelah mengumpul 42 mata daripada 23 perlawanan setakat ini.

Sebagai rekod, Pan-gon telah membimbing Harimau Malaya sejak tahun 2022 dengan menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh pengendali tempatan, Tan Cheng Hoe. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI