fbpx

Pahang buka langkah bergaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPTION skuad Pahang berusaha mempertahankan kedudukan pada perlawanan yang bermula hari ini.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki Pahang memulakan saingan Kejohanan Hoki 5s Kebangsaan dengan langkah bergaya apabila memenangi dua perlawanan pembukaan hari ini, sekali gus membuka peluang untuk mempertahankan kejuaraan yang dirangkul pada edisi lepas.

Skuad Pahang berjaya mengumpul enam mata penuh dalam Kumpulan A pada hari pertama kejohanan sekali gus mendominasi kejohanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ketua jurulatih skuad hoki Pahang, Mohd Sufian Mohamad, menyatakan bahawa anak buahnya telah mempamerkan persembahan yang baik dan berharap agar skuad dapat mengekalkan rentak permainan untuk perlawanan seterusnya.

“Mereka telah menunjukkan peningkatan prestasi, terutama dari segi pertahanan dan serangan. Saya berharap para pemain dapat meningkatkan persefahaman untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Dalam perlawanan pembukaan, skuad Pahang membelasah Sarawak dengan keputusan 9-6 sebelum meneruskan rentak kemenangan dengan menundukkan pasukan Perlis 3-0.

“Rata-rata pemain skuad Pahang merupakan pemain muda berusia 24 tahun ke bawah, dalam usaha mengasah bakat muda untuk Piala Dunia nanti,” tambah Sufian ketika ditemui Kosmo! selepas perlawanan.

Jurulatih itu juga menyatakan hasrat skuadnya untuk mempertahankan kejuaraan yang dirangkul pada edisi lepas selepas berjaya menundukkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi final.

Seterusnya, skuad Pahang dijadualkan akan meneruskan saingan Kumpulan A menentang Perak, Pulau Pinang dan PDRM pada Rabu.

Sementara itu, dalam aksi Kumpulan B, Terengganu mengungguli kedudukan selepas mengumpul tujuh mata dan bersaing untuk mempertahankan kedudukan teratas seperti musim lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI