fbpx

Orang utan ‘mengemis’ makanan kerana anak lapar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua lelaki yang memberikan buah pisang kepada orang utan bersama anaknya. - Instagram @terangmedia 

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan seekor orang utan liar menghampiri pekerja ladang sawit untuk meminta makanan, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Instagram oleh akaun @terangmedia, haiwan itu dilihat menggendong anaknya yang masih kecil pada bahagian punggung. 

Ia menghampiri pekerja tersebut lalu menghulurkan tangan, seolah-olah memberi isyarat meminta makanan. 

Mereka memberikan beberapa buah pisang kepadanya bersama anak yang sedang kelaparan. 

Meskipun berada dekat dengan manusia, orang utan itu sama sekali tidak berasa takut.

Rakaman menyayat hati itu mengundang perhatian orang ramai. 

“Seharusnya mereka yang merosakkan hutan Kalimantan perlu bertanggungjawab,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Kesian. Rumahnya (habitat) telah dimusnahkan,” kata netizen lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI