fbpx

Nilai emas Olimpik meningkat sekali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH (tengah) bersama para penaja pada majlis Pengumuman Tajaan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini.

KUALA LUMPUR – Atlet negara yang berjuang ke Sukan Olimpik Paris menerima suntikan semangat apabila bakal menerima habuan bernilai RM2 juta keseluruhan sekiranya berjaya menuai pingat emas pertama negara di temasya terbesar dunia itu.

Selain mengekalkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang ditawarkan sebanyak RM1 juta, atlet negara yang berjaya menjelmakan pingat emas pertama di temasya empat tahun sekali itu bakal memiliki sebuah pangsapuri servis mewah Setia Alam, Top Residency bernilai RM1 juta.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ganjaran ini adalah sebagai menyuntik semangat atlet agar dapat memberikan aksi yang terbaik di bumi Paris nanti.

“Emas ini akan menjadi kebanggaan Malaysia jika mereka (atlet) berjaya melakukannya. Oleh itu, apabila bercakap tentang sukan kita ingin menggalakkan sektor swasta untuk bersama kita.

“Bagi pihak KBS dan pihak kerajaan, kami menghargai usaha sama ini dengan pihak swasta. Kedua-dua memainkan peranan yang sangat penting dan KBS mengalu-alukan kerjasama pihak swasta untuk tampil kehadapan bersama-sama memajukan sukan negara.

“Saya difahamkan ada banyak lagi syarikat swasta akan tampil untuk bersama kita lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis Pengumuman Tajaan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Paris 2024.

Sebelum ini, KBS juga mengumumkan bahawa atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menerima habuan lumayan berupa sebuah kenderaan utititi sukan (SUV) oleh jenama automotif dari China, Chery.

Sementara itu, rangkaian kedai barangan elektrik, Senheng pula menawarkan insentif bernilai RM1 juta untuk dikongsi kepada tiga pemain badminton yang pernah beraksi dalam Program Bakat Badminton SS iaitu Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI