fbpx

Musk janji sumbang RM210 juta sebulan untuk kempen Trump  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSK berada di Denpasar, Pulau Bali pada 19 Mei lalu. – AFP 

WASHINGTON  –  Bilionair teknologi, Elon Musk mengumumkan bahawa dia akan menyalurkan dana baharu sebanyak AS$45 juta (RM210.5 juta) sebulan bagi menyokong Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat(AS), lapor akhbar Wall Street Journal semalam.

Sumbangan Musk akan dihulurkan kepada kumpulan politik dinamakan America PAC yang akan memberi tumpuan kepada pendaftaran pengundi, pengundian awal dan pengundian mel dalam kalangan penduduk di  negeri-negeri utama menjelang pilihan raya Presiden AS, November ini.

Musk merupakan antara sebilangan penyumbang dana baharu itu yang antara lain termasuk pengasas bersama Palantir, Joe Lonsdale, bekas duta AS ke Kanada, Kelly Craft dan pelabur matawang kripto, Tyler serta Cameron Winklevoss.

Pengasas kereta Tesla itu secara rasmi mengumumkan menyokong pencalonan Trump untuk jawatan Presiden AS pada Sabtu lepas selepas Trump terselamat dalam cubaan membunuhnya semasa berkempen di Butler, negeri  Pennsylvania.

“Saya menyokong penuh Presiden Trump dan berharap agar beliau cepat sembuh,” kata Musk di platform X yang dibelinya dalam tahun 2022.

Musk selaku lelaki paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaan mencecah AS$$250 bilion (RM1.16 trilion), menjadi semakin rapat dengan Trump menjelang pilihan raya 2024 di AS.

Pada Mac lalu, mereka bertemu dalam majlis sarapan pagi penderma  di kediaman bilionair, Nelson Peltz di Florida. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI