fbpx

Melaka, Negeri Sembilan dilanda hujan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi ini, kecuali beberapa tempat di Melaka dan Negeri Sembilan.

MetMalaysia menerusi kenyataannya di Facebook memaklumkan, hujan lebat berserta ribut petir dijangka di Port Dickson dan Tampin, Negeri Sembilan serta Jasin, Melaka sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Selain itu, bagi cuaca sebelah petang pula, MetMalaysia menjangkakan cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri melibatkan beberapa kawasan di pedalaman Semenenanjung.

“Hujan lebat dijangka tertumpu melibatkan beberapa tempat di kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Di Sabah pula melibatkan beberapa tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan Tawau, diikuti Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, Sarawak,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI