fbpx

Masa depan Harimau Malaya bersama Pau Marti ‘cerah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pau Marti mewarisi skuad Harimau Malaya daripada Kim Pan-gon yang meletakkan jawatan hari ini.

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya dijangka dapat meneruskan momentum cemerlang di pentas antarabangsa meskipun bakal dibimbing oleh pengendali kelahiran Sepanyol, Pau Marti Vicente selepas ini.

Pau Marti bukanlah nama asing dalam arena bola sepak tempatan kerana dia menjadi ‘orang kanan’ kepada Kim Pan-gon sejak pengendali Korea Selatan itu menjadi ketua jurulatih pada Februari 2022.

Pengendali berusia 41 tahun juga dianggap pakar dalam mencungkil bakat muda kerana memiliki pengalaman menjadi penolong jurulatih skuad akademi Bawah 18 (B-18) Barcelona di La Masia pada 2017 hingga 2018.

Pada masa sama, kedudukan staf kejurulatihan yang lain kekal termasuk E Elavarasan selaku penolong ketua jurulatih, Park Bo-bae (penolong jurulatih), Cho Jun-ho (jurulatih penjaga gol), Park Ji-hyeon (jurulatih kecergasan) dan Lim Jae-hun (jurulatih analisis prestasi).

Tugas pertama Pau Marti nanti adalah untuk memastikan skuad Harimau Malaya tampil garang pada kempen Pestabola Merdeka 2024 bertemu Filipina, Lebanon dan Tajikistan pada September depan.

Selepas itu, barisan kejurulatihan skuad negara akan mengalihkan tumpuan pada kempen Piala AFF 2024 dan kelayakan Piala Asia 2027 pada tahun depan.

Terdahulu, Pan-gon membuat keputusan drastik untuk letak jawatan serta-merta hari ini atas alasan peribadi yang tidak didedahkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN