fbpx

Makan durian banyak, bahayakan pesakit buah pinggang, jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Makan durian terlalu banyak boleh menyebabkan peningkatan kandungan garam potassium dalam badan yang mana ia berbahaya kepada pesakit buah pinggang dan jantung.

Durian kaya dengan kandungan garam mineral seperti potasium dan kalsium, yang mana ia penting untuk membantu pembentukan tulang yang kuat dan sihat, namun pengambilannya secara berlebihan boleh memudaratkan.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, bagi pesakit buah pinggang, pengambilan durian berlebihan menyebabkan paras garam potassium dalam badan naik secara mendadak.

“Bagi pesakit jantung, ia boleh mengakibatkan gangguan ritma jantung dan berisiko untuk mengalami serangan jantung pada bila-bila masa sahaja.

“Selain itu, walaupun durian bebas kolesterol namun pesakit kencing manis dinasihatkan supaya memakan durian dalam kuantiti yang minimum kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi di dalamnya,” jelasnya.

Infografik yang dikongsikan Public Health Malaysia (PHM) di Facebook.

Menurut PHM, disebabkan kandungan kalori yang tinggi di dalam durian, badan akan membebaskan banyak tenaga haba semasa proses menghadam durian.

“Oleh itu, tubuh akan berasa panas semasa proses tersebut malah risiko untuk mengalami perut kembung berangin juga boleh berlaku.

“Pastikan minum banyak air selepas makan durian untuk kekal hidrasi. Mungkin sebab itulah orang dulu dulu suruh minum air dari pangsa durian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI