fbpx

LHDN kutip RM512.6 juta sepanjang PKPS 2.0 – Amir Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM512.6 juta berjaya dikutip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 bermula 6 Jun 2023 hingga 31 Mei lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah taksiran dibangkitkan didapati melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak RM1 bilion.

“Sepanjang tempoh tersebut juga, LHDN telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan pengakuan sukarela yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain-lain kategori seperti pertubuhan.

“Jumlah ini melibatkan taksiran cukai yang dilaporkan sebanyak RM1.29 bilion,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang ingin tahu keberkesanan PKPS 2.0, bilangan syarikat dan individu yang telah menyertainya serta nilai kutipan hasil yan,g berjaya diperoleh agar dapat dibelanjakan bagi tujuan kebaikan dan kebajikan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI