fbpx

Lelaki direman bantu siasatan kes bunuh di perhentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa suspek (tengah) untuk prosiding permohonan reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan lelaki di kawasan kaki lima sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku, di sini pada Sabtu lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu bermula hari ini hingga 22 Julai dikeluarkan oleh Majistret Amin Rashidi Ramli.

Permohonan reman itu bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek menaiki trak polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini dengan memakai baju lokap berwarna oren kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan suspek ketika ini ditahan untuk siasatan lanjut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan terbaring dipercayai ditikam pada bahagian belakangnya di kawasan kaki lima sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku, di sini pada Sabtu lalu.

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu selepas terdengar suara mangsa meminta tolong kira-kira pukul 10 pagi.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini oleh orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI