fbpx

Lebih 400 cedera pertempuran kuota pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS pencegah rusuhan berkawal di hadapan penunjuk perasaan di Dhaka pada 11 Julai lalu. – AFP

DHAKA – Lebih 400 warga Bangladesh cedera dalam protes berterusan berhubung kuota  jawatan kakitangan awam, kata polis dan penunjuk perasaan hari ini, selepas pertempuran tercetus antara kumpulan pelajar yang menentang dan menyokong kuota tersebut pada hari sebelumnya.

Penunjuk perasaan berkata,  mereka mengadakan perarakan secara aman di dua universiti di Dhaka semalam  apabila diserang oleh aktivis pelajar daripada  parti pemerintah yang bersenjatakan kayu, batu, parang dan bom api.

Keganasan itu adalah peningkatan mendadak selepas  pergerakan pelajar nekad mengabaikan gesaan perdana menteri dan mahkamah tertinggi Bangladesh untuk kembali ke kelas.

Pegawai polis berpangkat inspektor,  polis Bacchu Mia memberitahu AFP bahawa 297 orang telah dirawat di Hospital Kolej Perubatan Dhaka susulan keganasan itu, dengan 12 daripada mereka memerlukan rawatan lanjut.

Seramai 111 penunjuk perasaan lain di Universiti Jahangirnagar telah dirawat di klinik perubatan kampus dan hospital berdekatan.

“Lebih 100 pelajar dirawat di pusat perubatan kami,” kata ketua pusat perubatan Universiti Jahangirnagar, Shamsur Rahman kepada AFP.

Selama beberapa minggu, kumpulan pelajar mengadakan protes hampir setiap hari bagi menuntut kerajaan membatalkan sistem kuota untuk kakitangan awam dan sebaliknya memperkenalkan skim berasaskan merit.

Kuota itu memperuntukkan lebih separuh  jawatan  bergaji tinggi untuk kumpulan tertentu, termasuk anak-anak pahlawan yang berjuang membebaskan Bangladesh daripada Pakistan pada 1971. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI