fbpx

Kronologi pembunuhan Nur Farah Kartini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Farah Kartini.

PETALING JAYA – Berikut merupakan kronologi pembunuhan Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang merupakan pelajar pintar graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berasal dari Sarawak.

Nur Farah Kartini juga satu-satunya anak perempuan bongsu dalam keluarga daripada tujuh beradik.

10 Julai 2024
– Nur Farah Kartini mula disedari hilang dan dilaporkan kali terakhir dilihat selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim kira-kira jam 8 pagi.

– Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam.

11 Julai 2024
– Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini pada pukul 1.56 pagi.

15 Julai 2024
– Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat Nur Farah Kartini dilaporkan ditemui di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

– Polis telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan kes kehilangan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

– Antara individu yang telah diambil keterangan ialah rakan sekerjanya serta wanita yang menyewa kereta pada hari kejadian.

– Seorang lelaki yang juga penjawat awam berusia 26 tahun telah ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini.

– Difahamkan, suspek ditangkap di Balai Polis Gedangsa, di sini.

16 Julai 2024
– Suspek berkenaan yang dipercayai kekasih Nur Farah Kartini, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu kira-kira pukul 8.53 pagi bagi permohonan reman dengan menaiki kenderaan polis.

– Lelaki berkenaan yang memakai pelitup muka dan berbaju lokap polis berwarna oren direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

– Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

– Siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

– Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dibawa pulang ke Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, bagi proses pengebumian.

– Bagaimanapun, keputusan pengebumian bakal ditentukan ibu Allahyarham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI