fbpx

KPM alukan pembabitan pesara guru perkasa BI di pedalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR- Pembabitan golongan pesara guru sememangnya dialu-alukan dalam usaha menyediakan persekitaran bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kawasan pedalaman.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, golongan pesara guru sememangnya sudah banyak membantu usaha kementerian untuk meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bahasa Inggeris.

“Namun begitu, kerajaan tidak menolak sekiranya ada sukarelawan dari Singapura yang mahu membantu Malaysia bagi mencapai tujuan sama. Kita memang mengalu-alukan jika sukarelawan dari Singapura atau pesara guru yang mahu turut serta.

“Pogram HIP Mentor sudah pun dilaksanakan dengan pesara guru membantu menyediakan persekitaran bahasa Inggeris di sekolah, melalui pelbagai pendekatan dan aktiviti lebih menarik.

“Program ini membolehkan pesara guru dan pensyarah Bahasa Inggeris menyokong dan membantu dalam persekitaran imersif di sekolah selaras objektif memperkasa penguasaan bahasa Inggeris,” katanya pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demkian ketia menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai kemungkinan pembabitan pesara guru menyediakan persekitaran bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kawasan pedalaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI