fbpx

KK Super Mart, JKM Kuantan kerjasama bantu golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KK Super Mart dengan kerjasama JKM Kuantan, Pahang mengedarkan 150 beg berisi barangan keperluan harian kepada golongan memerlukan di sekitar Kuantan, baru-baru ini.

PETALING JAYA – KK Super Mart dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan, Pahang mengedarkan 150 beg berisi barangan keperluan harian kepada golongan memerlukan di sekitar Kuantan, baru-baru ini.

KK Super Mart menerusi satu kenyataan memaklumkan, penerima terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik dan keluarga kurang berkemampuan.

“Jabatan Perhubungan Korporat KK Super Mart bersama beberapa pegawai JKM berpeluang melawat lima buah rumah. Rata-rata penerima meluahkan kesempitan yang dihadapi.

“Mereka memaklumkan, bantuan kerajaan melalui JKM sedikit sebanyak meringankan perbelanjaan harian,” kata kenyataan itu.

KK Super Mart mula bertapak di Pahang sejak tahun 2020 dan kini terdapat 18 outlet secara keseluruhan.

“KK Super Mart akan terus melebarkan empayarnya ke seluruh negeri lain.

“Dengan adanya KK Super Mart yang beroperasi 24 jam sehari, diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat tidak kira di mana sahaja,” tambah kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI