fbpx

Kim Pan-gon bakal ‘tinggalkan’ Harimau Malaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON bakal membuat pengumuman khas mengenai masa depannya bersama skuad negara petang ini.

PETALING JAYA – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal mengadakan sidang media khas di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya hari ini bagi mendedahkan masa depannya bersama skuad kebangsaan.

Meskipun tiada butiran lanjut daripada pihak FAM menerusi jemputan media yang diedarkan semalam, namun, pengendali Korea Selatan itu didakwa bakal meletakkan jawatan.

Khabar angin tersebut sudah tersebar sejak pagi ini dengan portal Korea Football News di laman X mengesahkan Pan-gon mungkin ‘angkat kaki’ daripada Malaysia.

“Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon akan membuat sidang media pada petang ini untuk mengesahkan keputusan peletakan jawatan,” kata laman tersebut.

Sebagai rekod, Pan-gon telah membimbing Harimau Malaya sejak tahun 2022 dengan menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh pengendali tempatan, Tan Cheng Hoe.

Dalam tempoh yang singkat, Pan-gon berjaya meningkatkan ranking Harimau Malaya selain memastikan skuad negara beraksi pada pentas Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas.

Berita lanjut akan menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI