fbpx

Keputusan bedah siasat Nur Farah Kartini ‘pending laboratory investigation’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arwah Nur Farah Kartini.

PETALING JAYA – Hasil bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, hari ini di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB), diputuskan sebagai ‘pending laboratory investigation’ (menunggu laporan lengkap makmal).

Ini bermaksud, punca sebenar kematian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu belum dapat dipastikan sehingga pihak polis menerima laporan penuh analisa makmal.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan itu dibuat selepas Pakar Patologi Forensik HSB menjalankan proses bedah siasat selama lebih dua jam yang bermula pada pukul 3 sehingga 5.30 petang.

“Pihak polis masih jalankan siasatan lanjut dan mohon mana-mana saksi kejadian tampil di balai berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Nur Farah dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum mayatnya ditemui dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di Hulu Selangor, semalam.

Hussein ketika dihubungi berkata, ia berdasarkan keadaan mayat gadis berkenaan yang sudah mereput dan belum dapat dipastikan kecederaannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI