fbpx

Kekasih Nur Farah Kartini direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa anggota polis selepas proses reman di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, 16 Julai lalu. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

HULU SELANGOR – Seorang lelaki dipercayai teman lelaki Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun yang merupakan penjawat awam dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Difahamkan, suspek ditangkap di Balai Polis Gedangsa, di sini.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap polis tiba kira-kira pukul 8.53 pagi di Mahkamah Kuala Kubu Bharu dengan menaiki kenderaan polis.

Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat Nur Farah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim Perak.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI