fbpx

Kekasih Nur Farah Kartini adalah anggota polis – KP Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang merupakan penjawat awam dibawa keluar selepas proses permohonan reman berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

SUNGAI BULOH – Penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, merupakan anggota polis.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi di sini hari ini.

“Suspek dipercayai teman lelaki mangsa merupakan anggota polis yang bertugas di Perak.

“Siasatan awal mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama,” katanya.

Difahamkan, suspek merupakan anggota polis berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River, Perak.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui petang semalam, disyaki dibunuh individu yang dikenalinya.

Mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang.

Suspek yang merupakan penjawat awam berusia 26 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI