fbpx

Kantoi sorok lori prime mover, kereta mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori prime mover dan kereta mewah yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam serbuan baru-baru ini.

KLANG – Sebanyak 20 kenderaan termasuk lori prime mover (penggerak utama) dirampas dalam dua serbuan, baru-baru ini.

Rampasan bernilai keseluruhan RM4.5 juta dibuat di gudang di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Barat, antara 26 Jun dan 3 Julai lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati modus operandi sindiket kenderaan mewah adalah menyorokannya di gudang berlesen.

Katanya, terdapat juga menyimpan kenderaan di premis gudang berlesen bagi mengelak dikesan kastam.

Lori prime mover dan kereta mewah yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam serbuan baru-baru ini.

“Kita merampas empat buah kereta mewah dengan tiga daripadanya disimpan melebihi tempoh serta tidak mematuhi syarat dalam lesen gudang berlesen seperti mana dalam peruntukan Seksyen 65(2) dan Seksyen 65(5) Akta Kastam 1967.

“Kenderaan yang dirampas adalah dari jenis Audi dan BMW terpakai,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, rampasan selebihnya terhadap 15 penggerak utama dan seunit lori tangki air pula mendapati telah disimpan selama lima tahun di Zon Bebas di Pelabuhan Barat.

Norlela menegaskan pengimport didapati gagal mengemukakan permit import bagi kenderaan tersebut.

Kes disiasat mengikut kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (g) dan (1) (a) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI