fbpx

Jenazah Nur Farah Kartini dibawa pulang ke Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Nur Farah Kartini.

SUNGAI BULOH – Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka dibawa pulang ke Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, bagi proses pengebumian.

Bagaimanapun, keputusan pengebumian bakal ditentukan ibu Allahyarham dan difahamkan, keluarga sedang dalam proses mendapatkan tiket penerbangan ibunya ke Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas kakak iparnya, Nor Amidah Mohd. Ali, 36, dari Aman Puri, Kepong berkata, kali terakhir dia menghubungi Nur Farah Kartini pada 5 Jun lalu.

“Ketika itu dia memaklumkan kepada saya dia tercicir dompetnya, saya tanya hilang kat mana tapi tiada jawapan daripadanya,” katanya ketika ditemui.

Menurut Nor Amidah, walaupun sudah berpisah dengan suaminya, namun hubungan dia dengan Nur Farah Kartini sangat baik memandangkan mangsa adalah satu-satunya anak perempuan bongsu daripada tujuh beradik.

“Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga dan merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab.

“Selepas tamat pengajian tahun lalu, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dia nekad bekerja sambilan di Semenanjung untuk membantu ibu dan neneknya di kampung,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang penjawat awam ditahan polis susulan penemuan mayat seorang wanita, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa di Taman Universiti, di sini, sejak Rabu lalu, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa disyaki dibunuh.

Difahamkan, jasad wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI