fbpx

Jatuh pangsapuri: Kanak-kanak bersendirian di rumah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kanak-kanak perempuan empat tahun yang jatuh dari tingkat 16 di sebuah pangsapuri di Blok 12 E3, Fasa 12, Presint 9, disyaki terjatuh dari tingkap bilik utama rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika kejadian mangsa yang merupakan anak sulung daripada dua beradik dipercayai ditinggalkan bersendirian ekoran bapa mangsa menghantar anak sulungnya ke sekolah pagi tadi.

Jelasnya, ketika kejadian itu juga ibu mangsa dilaporkan telah keluar pergi bekerja.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama.

“Rutin harian kebiasaan mangsa akan tinggal sendirian ketika masih tidur sebelum dihantar ke Taska Mafiz di bawah blok pangsapuri berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya bagi tujuan bedah siasat.

A Asmadi berkata, siasatan masih dijalankan dan kasifikasi awal adalah sebagai mati mengejut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, kejadian melibatkan mangsa itu berlaku kira-kira 7.50 pagi tadi selepas pihak polis melalui Pusat Kawalan Daerah menerima panggilan dari MERS 999 berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI