fbpx

Jalan Eco Grandeur tidak digazet tapak penjaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Puncak Alam, Mohd. Faiz Hafizi Kamarudin (dua kanan) dan beberapa peniaga menunjukkan kertas kerja permohonon lesen dan pelan perniagaan pada sidang akhbar sebelum ini.

KUALA SELANGOR – Petak kosong parkir di Jalan Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam di sini, tidak digazetkan sebagai tapak penjaja.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Mohamad Hanafe Basri berkata, pihaknya tidak bercadang mewujudkan tapak penjaja di kawasan tersebut dengan semakan lanjut mendapati 50 penjaja berniaga tanpa permit di atas tempat letak kereta sekitar kawasan tersebut.

“Kita turut menerima 31 aduan daripada pemilik premis, penyewa di Eco Grandeur dan orang awam berkaitan aktiviti perniagaan tersebut sejak Januari lalu.

“Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasa telah menyerahkan borang permohonan tapak penjaja kepada semua penjaja dan tindakan kompaun,” katanya hari ini.

Kosmo! pada 4 Julai lalu melaporkan seramai 22 peniaga dan penjaja kecil merayu MPKS tidak meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas operasi perniagaan mereka di jalan tersebut.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Hanafe, pihaknya bagaimanapun menawarkan 10 lokasi petak kosong di tapak-tapak penjaja sekitar Puncak Alam iaitu di hadapan Pasar Raya Lotus’s, Dataran Alam Suria dan Pusat Perniagaan Alam Jaya.

“Selain itu, tapak penjaja lain ialah Astana Alam, Puncak Bestari, Lorong Cakera Purnama 12/28, di hadapan Apartment Residensi Warnasari 2, Naluri Sukma dan hadapan Alpina Abadi Puncak Alam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI