fbpx

Isteri belum mandi punca dipukul suami sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kini berada dalam tahanan polis. – KhaoSod

BANGKOK – Seorang lelaki memukul isterinya menggunakan kayu sehingga mati kerana berang apabila mendapat tahu mangsa belum mandi, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian berlaku di daerah Mueang, wilayah Roi Et, kelmarin.

Polis berkata, sejurus menerima panggilan telefon mengenai insiden itu sekitar pukul 10.50 malam (waktu tempatan), pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat Praitun, 44, di dalam bilik mandi.

Mangsa mengalami kecederaan pada kepala yang konsisten dengan kesan dipukul oleh objek tumpul.

Sementara itu, suspek yang dikenal pasti sebagai Watcharin, 53, kemudian ditemui bersembunyi di dalam bilik air rumah berdekatan dan segera ditahan oleh polis.

Semasa disoal siasat, Watcharin mengaku dia memukul isterinya menggunakan kayu ketika sedang mabuk, tetapi menegaskan bahawa dia tidak menyedari mangsa telah meninggal dunia. 

Menurut suspek, dia memindahkan (mayat) isterinya ke atas kerusi dan cuba membawa mangsa ke bilik mandi.

Menyedari mangsa tidak bertindak balas, suspek kemudian meminta bantuan daripada jiran.

Dia memberitahu jiran bahawa isterinya tergelincir dan terjatuh di dalam bilik air.

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Roi Et untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI