fbpx

Isaac, Sze Hui menyinar di Triatlon Remaja Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISAAC Tan dan Teo Sze Hui memenangi juara remaja lelaki dan wanita kebangsaan selepas menjadi juara negara pada Piala Remaja Triatlon Asia 2024 yang diadakan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar baru-baru ini.

KAMPAR – Atlet triatlon negara, Isaac Tan dan Teo Sze Hui menyinar sebagai juara remaja lelaki serta wanita kebangsaan selepas muncul sebagai juara negara pada Piala Triatlon Remaja Asia 2024 di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini baru-baru ini.

Kedua-dua mereka menjuarai acara Kejohanan Remaja Kebangsaan dan Kejohanan Bawah 15 tahun (B15) Kebangsaan yang masing-masing dianjurkan oleh Persatuan Triatlon Malaysia.

Dua atlet berkenaan mempamerkan aksi membanggakan dalam perlumbaan yang menampilkan barisan atlet remaja elit terbaik Asia berusia antara 16 hingga 19 tahun.

Menurut Isaac, walaupun merasakan mampu melakukan lebih baik, namun dia berasa gembira selepas berjaya mengekalkan status selaku atlet terbaik negara.

“Ini merupakan kejuaraan remaja sulung buatnya dan gelaran juara kebangsaan kali ketiga secara keseluruhan.

“Saya menjadi juara kebangsaan di Kota Kinabalu tahun lalu dan Putrajaya pada Februari ini bersempena dua pusingan sirkit Piala Triatlon Asia. Saya sedang membuat persiapan untuk menghadapi Kejohanan Asia di Arab Saudi pada Disember ini, mudah-mudahan prestasi saya akan dapat ditingkatkan dalam beberapa bulan akan datang,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Sze Hui memberitahu, dia berpuas hati untuk kembali dengan kemenangan itu selepas mengalami kecederaan ketika berbasikal yang memaksanya berehat selama enam bulan sebelum ini.

“Keputusan ini penting kerana saya berhasrat untuk mewakil negara pada Sukan SEA tahun depan. Saya akan cuba bersaing untuk menempatkan diri sebagai antara pelumba terbaik, dan ada beberapa lagi atlet senior yang saya perlu atasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN