fbpx

Hanya Presiden FAM tahu alasan sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON mengakui terfikir mengenai peletakan jawatan selepas berakhirnya kempen kelayakan bertemu Taiwan. - FB FAM

PENGENDALI kelahiran Korea Selatan, Kim Pan-gon mengambil pendekatan untuk ‘kunci mulut’ mengenai alasan utama keputusan meletak jawatan secara drastik daripada kerusi ketua jurulatih Harimau Malaya.

Menurut Pan-gon, hasrat untuk meletakkan jawatan hanya terlintas di fikiran selepas berakhir kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Taiwan pada bulan lepas.

Pan-gon berkata, selepas perlawanan tersebut, banyak pertemuan ‘hati ke hati’ dibuat ketika bertemu Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin untuk meluahkan keputusan tersebut.

“Ketika (dakwaan saya mahu letak jawatan) Mac lepas berita yang dilaporkan adalah palsu. Namun, ketika perlawanan bertemu Taiwan saya ada kata kepada media mahu kekal lebih lama di sini.

“Namun, selepas itu barulah saya terfikir mengenai status saya selaku ketua jurulatih dan selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden FAM berkali-kali, minggu lalu baru dia (Hamidin) menerima peletakan jawatan saya.

“Alasan saya hanya Presiden FAM yang tahu dan lebih elok untuk saya agar tidak dedahkan kepada umum. Harapan saya agar semua positif dengan keputusan yang diambil,” katanya pada sidang media khas hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI