fbpx

Hannah akui gagal pujuk Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui sedih dengan pengumuman peletakan jawatan, Kim Pan-gon selaku pengendali Harimau Malaya hari ini.

Kata Hannah, beliau sendiri telah berjumpa pengendali kelahiran Korea Selatan itu, tetapi usahanya ‘memujuk’ Pan-gon untuk membuat pertimbangan kekal berada di Malaysia tidak berhasil kerana segala keputusan yang dibuatnya adalah muktamad.

“Saya menerima berita peletakan jawatan beliau dengan rasa sedih. Beliau ada maklumkan kepada saya sebelum pengumuman (peletakkan jawatan) tersebut dan saya ada tanya adakah ini keputusan akhir atau akan pertimbangan semula.

“Beliau memaklumkan bahawa keputusan sudah dibuat dan apa yang tinggal hanya kenangan manis untuk Malaysia,” katanya selepas sidang media Majlis Pengumuman Ganjaran Sukan Olimpik Paris 2024.

Ujarnya, walaupun Pan-gon sudah tidak bersama dengan skuad bola sepak kebangsaan lagi, tetapi pengendali kelahiran Korea Selatan itu sedia menimbang untuk membantu perkembangan sukan ini dari sudut lain.

“Bagaimanapun, sebagai menteri KBS saya lihat beliau mempunyai peranan dalam industri bola sepak di Malaysia dalam meningkatkan industri bola sepak tanah air.

“Saya lihat keyakinan rakyat Malaysia semakin bertambah terhadap apa yang diusahakan beliau dan pasukan sejak memulakan tugas pada 2022 hingga sekarang.

“Kita lihat stadium sentiasa penuh dan ramai bincang prestasi skuad kebangsaan terutama dari segi peningkatan ranking. Sumbangan beliau dalam arena bola sepak tidak boleh disangkal. Pihak kerajaan mengucapkan terima kasih kepada beliau,” katanya.

Terdahulu, Pan-gon mengesahkan dia meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan berkuatkuasa serta-merta dalam satu sidang media khas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI