fbpx

Geng Botak budak bawah umur curi motosikal tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK menunjukkan salah sebuah motosikal yang dicuri di sekitar Melaka.

MELAKA – Sindiket curi motosikal yang dianggotai enam remaja bawah umur digelar Geng Botak berjaya diberkas polis dalam beberapa serbuan, sejak dua minggu lalu.

Kesemua suspek berusia antara 13 dan 17 tahun, termasuk dua yang masih bersekolah ditahan secara berasingan di Semabok, Krubong dan Masjid Tanah menerusi Op Lejang pada 4, 6 dan 7 Julai.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Md. Nazri Zawawi berkata, serbuan pertama dilakukan oleh Cawangan D4 Risikan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sebuah rumah di Semabok dan berjaya menahan tiga suspek.

Katanya, serbuan seterusnya berjaya menahan seorang suspek di tepi jalan Sungai Badau, Krubong sementara dua suspek lagi dicekup dalam serbuan ketiga di Taman Paya Rumput, Masjid Tanah.

“Sebanyak enam motosikal yang dilaporkan hilang serta sebuah digunakan sindiket untuk mencuri turut dirampas.

“Sindiket menyasarkan motosikal yang diletakkan di luar rumah dan tidak berpagar. Motosikal yang dicuri juga untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Md. Nazri, hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing adalah negatif.

Ujarnya lagi, kumpulan itu dipercayai telah aktif sejak Januari lalu dengan diketuai remaja berusia 13 tahun dikenali sebagai Botak.

“Dua suspek termasuk ketua sindiket ini masih bersekolah, dengan penahanan itu polis berjaya menyelesaikan enam kes kecurian motosikal di sekitar Melaka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI