fbpx

‘Gatal’ makan kerepek ‘super pedas’, 14 pelajar terlantar di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kerepek kentang jenama R18+ Curry Chips. – AGENSI

TOKYO – Seramai 14 pelajar sekolah tinggi Jepun dimasukkan ke hospital hari ini selepas memakan kerepek kentang ‘super pedas’, lapor media tempatan.

Lebih 30 pelajar sebuah sekolah tinggi di Tokyo dilaporkan berkongsi makan kerepek itu semasa waktu rehat apabila sebilangan mereka mengadu mual dan rasa sakit pada bahagian mulut.

14 daripada mereka dikejarkan ke hospital dengan kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar tetapi sekurang-kurangnya seorang mangsa memerlukan kerusi roda, lapor saluran televisyen Fuji  TV.

Badan penyiaran itu berkata, seorang pelajar lelaki membawa kerepek itu ‘hanya untuk keseronokan’  selepas memakannya dan mendapati ia ‘super pedas’.

Kerepek kentang terbabit daripada jenama R18+ Curry Chips, demikian menurut media tempatan termasuk Asahi Shimbun dan Fuji TV.

Menurut laman web pengilang, pengguna berumur bawah 18 tahun dilarang memakan kerepek keluarannya  kerana ‘hidangan ini terlalu pedas dan boleh menyebabkan anda berasa sakit’.

“Kandungan besar lada pedas dikenali sebagai ‘lada hantu’ digunakan sebagai ramuannya,” kata syarikat sama. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI