fbpx

Founder Misi ‘bantu’ alam sekitar pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan di Facebook Founder Misi.

PETALING JAYA – Tidak hanya tertumpu kepada kutipan awam bagi menjayakan misi bantuan dan penghantaran makanan, Founder Misi kini turut menjalankan aktiviti pembersihan kawasan awam.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Founder Misi memaklumkan aktiviti pembersihan telah dijalankan di sebuah tasik di Puncak Alam.

Menerusi video yang dikongsikan, jelas kelihatan tasik tersebut dipenuhi sampah dan botol-botol kosong.

Founder Misi menegaskan, aktiviti berkenaan merupakan tanggungjawab terhadap kawasan tempat tinggal mereka, iaitu Puncak Alam.

“Harap tiada yang komen kami fokus macam-macam misi. Semua dalam video ni adalah staf Founder Cafe dan pasukan HQ Misi seramai 40 orang.

“Ni sebagai aktiviti khidmat masyarakat sebelum aktiviti bawa semua pasukan jamuan makan seminggu sekali,” kata kenyataan itu di Facebook.

Dalam masa sama Founder Misi memaklumkan, penghantaran makanan berjalan seperti biasa.

“Ia sedang melalui proses peralihan ke fasa korporat. Saya cuma nak sampaikan bahawa ‘kita kena bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi di atas bumi ini’,” tambahnya.

Terdahulu, Founder Misi antaranya pernah menjadi perhatian umum apabila membantu dua bayi yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Muhammad Athif Fahri dan Wan Muhammad Naail, menerusi kutipan dana awam.

Kedua-duanya sebelum ini seperti yang dilaporkan Kosmo!, berjaya mendapatkan suntikan ubat Zolgensma bernilai RM9.8 juta hasil kutipan dana yang dibuat oleh Founder Misi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI