fbpx

Dua lelaki kantoi curi kabel pencawang telekomunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek ditangkap ketika sedang mencuri kabel di pencawang telekomunikasi di Jalan Kampung Suba Buan, Bau, awal pagi semalam.

BAU – Dua lelaki ditangkap ketika mencuri kabel di pencawang telekomunikasi di Jalan Kampung Suba Buan, di sini.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Jawai Francis Kempas berkata, suspek berusia 27 dan 36 tahun itu dicekup pukul 1.30 pagi semalam ketika anggota polis menjalankan rondaan Op Lusuh.

“Semasa membuat rondaan, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau terserempak dengan kereta Perodua Viva berwarna putih yang diletakkan di laluan masuk pencawang telekomunikasi tersebut dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar mendapati ada dua lelaki berada dalam pencawang telekomunikasi itu sebelum menangkap mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut dijumpai segulung kabel yang dipotong berserta peralatan yang digunakan untuk memotong kabel. Dua suspek itu dibawa ke IPD Bau untuk tindakan lanjut.

Mereka mempunyai rekod kes dadah dan direman selama empat hari untuk siasatan lanjut termausk penglibatan dalam kes curi lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI