fbpx

Dikehendaki 12 tahun lalu ceroboh rumah, lelaki didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda RM2,000 di Mahkamah Majistret Rembau, atas kesalahan menceroboh sebuah rumah di Tampin.

REMBAU – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan 12 tahun lalu menceroboh sebuah rumah di Tampin.

Tertuduh, Muhammad Salleh Shaharil, 36, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Kartini Kasran.

Majistret turut menetapkan lima bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menceroboh sebuah rumah milik lelaki yang kini berusia 70 tahun di Desa Permai Tampin, kira-kira pukul 12 tengah hari, 17 September 2012.

Mengikut fakta kes, tertuduh menjadi orang yang dikehendaki selepas hasil siasatan mendapati terdapat beberapa cap jari yang dapat ditimbulkan di permukaan cermin sliding kaca di bahagian tepi rumah pengadu.

Pada 11 Julai lalu, kira-kira pukul 10.15 pagi, tertuduh telah ditahan di tepi jalan hadapan Parol daerah Bahau di Jempol oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

Pengadu menyedari kediamannya diceroboh kira-kira pukul 1.30 tengah hari sebaik tiba di rumah dan mendapati pintu besar sebelah kiri telah terbuka serta keadaan dalam rumah berselerak.

Pengadu mendapati dua tabung dengan anggaran duit RM700 berserta pelbagai barangan emas yang dianggarkan bernilai RM7,000 dalam almari bilik utama telah tiada.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Roslaili Alias.

Terdahulu tertuduh dalam rayuannya melalui peguam YBGK memohon meringankan hukuman denda kerana masih belum bekerja selain baharu selesai menjalani hukuman penjara bagi kes lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI