fbpx

‘Dia seorang yang ceria, tak pernah cerita masalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakak ipar Nur Farah Kartini Abdullah, Syeril Norsyuhada (kanan) dan abang mangsa, Farizza Azmi (kiri) ketika ditemui pemberita semasa hadir untuk pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

SUNGAI BULOH – ‘Dia seorang yang ceria, tak pernah nampak seperti ada masalah’.

Demikian kata Mohd. Farriza Azmi Abdullah, 28, yang merupakan abang kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang maut disyaki dibunuh.

“Kalau ada apa-apa masalah dia tak pernah cerita dekat saya.

“Dia rapat dengan mak dan abang-abang dia.

“Pasal lelaki itu (suspek direman hari ini) saya tak tahu apa-apa. Kali terakhir dia balik Sarawak pada hari raya lalu dan tak kerap berjumpa dengan saya,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata, pihaknya hanya menunggu laporan forensik daripada pihak polis berhubung kes berkenaan.

Pada masa sama, keluarga juga meminta orang ramai agar tidak membuat komen jelik atau mencipta spekulasi yang boleh mengguris pihak keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI