fbpx

Buruh warga asing bergaduh di tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video tular menunjukkan sekumpulan pekerja buruh bergaduh di kawasan pembinaan di Sedenak, Kulai.

KULAI – Tular satu rakaman video pergaduhan antara dua kumpulan dipercayai buruh asing yang bekerja di sebuah tapak pembinaan di Sedenak di sini sejak malam semalam.

Dalam video berdurasi 28 saat itu mendapati beberapa individu dilihat bergaduh menggunakan senjata tumpul seperti kayu.

Susulan insiden itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tan Seng Lee berkata, pihaknya sedang mengesan individu-individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Katanya, semakan awal dibuat pihaknya mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Semalam, kita telah kesan satu video tular yang berdurasi 28 saat memaparkan sekumpulan individu sedang bergaduh di sebuah tapak pembinaan.

“Kejadian itu dipercayai berlaku kawasan pembinaan di Sedenak, Kulai. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan individu terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Seng Lee, saksi awam diminta tampil untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di talian 07-6632222.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI