fbpx

Buli Esha: Seorang individu tiba di mahkamah bagi pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang individu yang dipercayai terlibat dalam kes mendiang Esha tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Salah seorang individu yang dipercayai terlibat dalam kes mendiang Rajeswary Appahu, 30, atau Esha melalui aplikasi TikTok tiba di Kompleks Mahkamah di sini sebentar tadi.

Lelaki berusia 44 tahun itu tiba di mahkamah pada pukul 10 pagi diiringi anggota polis.

Difahamkan individu itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen.

Mendiang Esha.

Sementara itu, seorang lagi individu wanita berusia 35 tahun yang juga tertuduh dalam kes itu juga telah tiba di mahkamah dan dituduh di Mahkamah Majistret.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis menahan seorang wanita dan lelaki dipercayai terlibat dalam kes melakukan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap Esha.

Tertuduh wanita tersebut ditahan di Rawang, manakala tertuduh lelaki ditahan di Setapak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI