fbpx

Aishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebumbung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN Aishwarya Rai, Abishek Bachchan.

GARA-GARA hadir berasingan ke majlis resepsi pasangan anak jutawan hanya ditemani anak, pelakon Aishwarya Rai sekali lagi berdepan spekulasi sudah bercerai dengan Abhishek Bachchan.

Aktor tersebut dilihat tidak menemani isteri dan anak mereka, Aaradhya disebabkan sudah muncul lebih awal di dewan acara.

Abhishek datang bersama ibu bapanya, Amitabh Bachchan dan Jaya bagi memenuhi jemputan resepsi Anant Ambani dan Radhika Merchant yang berlangsung di Mumbai, India itu.

Sudah pasti kedatangan situasi sebegitu agak canggung dan kembali meyakinkan khalayak bahawa pasangan itu tidak lagi tinggal sebumbung.

Sebelum ini industri hiburan Bollywood kecoh dengan osip perceraian Aishwarya dan Abishek yang sudah 15 tahun mendirikan rumah tangga itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI