fbpx

6 orang mati diracun di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kombinasi gambar menunjukkan anggota polis berada di lokasi kejadian. -- AGENSI

BANGKOK – Enam orang ditemui mati di sebuah hotel di Bangkok, manakala laporan menyatakan bahawa sebilangan daripada mereka meninggal dunia akibat diracun.

Akhbar Thailand, Matichon dan media Thai lain pada awalnya melaporkan kejadian itu sebagai insiden tembakan petang tadi.

Bagaimanapun Matichon kemudian menyatakan punca kematian disebabkan diracun.

Semua mangsa yang ditemui mati di hotel berkenaan merupakan warganegara Vietnam, lapor agensi berita Reuters.

Terdapat juga laporan bahawa seorang rakyat Amerika adalah antara yang terbunuh.

Seorang pegawai polis menolak laporan awal media Thai bahawa enam orang mati ditembak dalam insiden tembakan.

“Tiada tanda berlaku insiden tembakan” katanya tanpa mengulas lanjut.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand mengarahkan supaya insiden itu disiasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI