fbpx

5 cedera disengat tebuan di Sungei Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat mangsa di bawa ke Kampus Kesihatan Woodlands manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK. - Facebook

SINGAPURA – Kira-kira lima orang cedera dan dibawa ke hospital selepas mereka disengat kawanan tebuan di dalam kejadian di Sungei Buloh, lapor saluran berita Mothership.sg semalam. 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.55 petang di 301 Neo Tiew Crescent, 14 kelmarin.

“Empat mangsa dibawa ke Kampus Kesihatan Woodlands (WHC) manakala seorang lagi mangsa dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK,” tambahnya. 

Menurut Pengarah Pemuliharaan Lembaga Taman Negara (NParks), Lim Liang Jim, kakitangan segera dikerahkan di lokasi kejadian bagi membantu sebilangan pelawat yang terkena serangan tebuan. 

“Kawasan itu telah dikepung dan kami akan meninjau sebarang sarang tebuan untuk dihapuskan,” tambah Lim Liang Jim. 

Seorang pengguna memuat naik catatan di Xiaohongshu, berkata bahawa dia melihat empat ambulans dan beberapa orang meletakkan pek ais di kepala mereka.

Dia dimaklumkan oleh salah seorang mangsa yang cedera bahawa mereka telah ‘disengat lebah’ . – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI