fbpx

4 terbunuh tembakan di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Masjid Imam Ali di Muscat, Oman. – AGENSI

MUSCAT, Oman – Seramai empat orang terbunuh dan sebilangan yang lain  cedera dalam insiden tembakan berhampiran sebuah masjid di ibu negara Oman, Muscat, kata polis hari ini.

“Polis Diraja Oman bertindak balas terhadap insiden tembakan yang berlaku di pekarangan sebuah masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabi,” kata polis dalam satu kenyataan.

Menurutnya, angka korban awal adalah empat terbunuh dan sebilangan lagi cedera di masjid itu, timur Muscat.

Rakaman video  disahkan oleh AFP menunjukkan orang awam berlari meninggalkan Masjid Imam Ali itu ketika kedengaran bunyi tembakan.

Satu suara didengari berkata ‘oh Tuhan’ dan mengulangi ‘oh Hussein’,  merujuk kepada imam yang dianggap pengikut Syiah sebagai pewaris sah kepada Nabi Muhammad.

Minggu ini, pengikut Syiah menyambut Hari Ashura bagi memperingati kematian Imam Hussien di medan perang pada kurun ketujuh

Polis Oman berkata, semua langkah dan prosedur keselamatan yang diperlukan telah dilaksanakan bagi menangani situasi itu.

“Pihak berkuasa terus mengumpulkan bukti dan melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca insiden ini,” kata polis di platform X. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI