fbpx

2 individu disiasat, komen jelik siaran ulangan sesi Parlimen – MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Dua individu disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung komen jelik dan bersifat provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di aplikasi TikTok pada 9 Julai lepas.

MCMC dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan sesi rakaman percakapan terhadap kedua-dua mereka semalam selepas menerima aduan daripada orang ramai.

“Dalam operasi yang dijalankan, kad sim dan telefon pintar milik kedua-dua suspek yang digunakan untuk memuat naik komen jelik itu telah disita bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Terdahulu, MCMC telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada kedua-dua suspek mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” ujarnya.

MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatan rangkaian serta aplikasi dalam talian untuk membuat sebarang hantaran yang bertentangan dengan undang-undang negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI